Kebelakangan ini, Jessie Chung mengadakan pelancaran album terbaharunya di Taiwan.
Ayahnya, Chung Fook Xiang meninggal dengan aman di rumahnya di Kuching, menanda-
noktahkan hayat panjang pada umur 78 tahun. Rancangan sidang akhbar album
terbaharu Jessie Chung di Kuching terpaksa ditangguhkan sementara waktu untuk hal
pengarwahan ayahnya di Kuching.
Encik Chung Fook Xiang telahpun mengukir namanya di industri peralatan elektronik
selama 50 tahun lebih di Malaysia Timur dan namanya dikenali luas di Kuching.
Apabila ditanya berkenaan ayahnya, Jessie Chung menyatakan bahawa dia ialah
seorang ayah yang baik dan disanjung tinggi oleh kenalannya. Teringat tahun Jessie
Chung mengembalikan identiti diri sebagai seorang perempuan dan bercadang untuk
berhijrah, ayahnya sanggup mengharungi hakikat ini dan perjalanan hidup bersamanya
dan ini membuatkan Jessie amat terharu. Oleh itu, salah satu lagu dalam album
terbaharunya adalah ditulis khas untuk ayahnya.
Semua rancangan Jessie Chung yang telah ditetapkan, termasuk banyak persembahan
yang akan berlangsung di seluruh negara pada bulan Jun dan juga konsert pada bulan
Ogos akan ditangguhkan sehingga waktu dan tarikh yang ditetapkan. Sidang akhbar
perlancaran album Jessie Chung yang dianjurkan oleh syarikat rakaman juga akan
ditetapkan semula tarikhnya.