Friday, 16 September 2016

Artis Antarabangsa Kelahiran Sarawak Jessie Chung Melancarkan EP Pertama Beliau “There You Are”; Melebarkan Sayap Ke Pasaran Bahasa Inggeris



Subang Jaya, 23 Ogos 2016: Dr Jessie Chung, penyanyi antarabangsa, aktres dan usahawan kelahiran Sarawak telah melancarkan EP pertama beliau dalam bahasa Inggeris bertajuk There You Arebaru-baru ini. Beliau telah pun berjaya menakluki pasaran lagu bahasa Cina sebelum ini.  EP ini merupakan percubaan sulung Dr Jessie ke pasaran bahasa Inggeris bagi meluaskan lagi kejayaan beliau.   EP daripada Dr Jessie Chung akan menampilkan tiga buah lagu There You Are, Drive My Heartdan Someplace Honest.


Saya tujukan EP ini kepada bapa saya dan juga suami saya,kata Dr Jessie Chung. Saya mahu menyampaikan pesan kepada semua bahawa kita patut menghargai orang tersayang ketika mereka masih bersama kita. Saya harap melalui muzik saya dapat mendekati hati pendengar dan menyampaikan mesej ini.


Dr Jessie menambah, Saya sangat bertuah kerana di kelilingi oleh ramai penyokong termasuklah orang tersayang, rakan-rakan dan sahabat handai.  Atas sokongan merekalah saya dapat mengembangkan bakat saya yang ada.  Saya tidak takut dengan perubahan dan mahu mencuba sesuatu yang baru.  Saya amat berterima kasih kepada para pendengar lagu-lagu Cina saya atas sambutan yang diberikan selama ini.  Bagi saya sudah tiba masanya saya memasuki pasaran bahasa Inggeris dan membawa muzik saya ke peringkat antarabangsa.

Dr Jessie telah menerbitkan tujuh buah album lain, antaranya Home, Loving You, Message of Love from the Moon, Love in You, I Just Fall in Love Again, dan Tearless Sky.  Lagu single beliau "Love in You" telah dipilih sebagai lagu tema untuk siri TV Korea My Secret Garden di Taiwan. Album terakhir Jessie Chung telah melonjak naik ke tempat ke-4 dalam I Radio Top Hits Chart dan tempat ke-6 Pop Radio Top Ten Music Chart dalam masa dua minggu sahaja selepas diterbitkan di Taiwan.

There You Arediterbitkan oleh Andy James Court, pemuzik veteran dari Australia yang terkenal dengan gaya rock nroll di peringkat awal kerjaya beliau. Beliau telah memenangi lebih tiga puluh anugerah muzik antarabangsa dan merupakan penerima Anugerah Lagu terbaik 2015. Muzik video pula telah diarahkan dan diterbitkan oleh Elijah Cavanagh, pengarah filem dari Brisbane, Australia. 


 Rakaman untuk video muzik There You Are cukup mencabar,kata Jessie. kami menghabiskan masa selama dua hari dua malam membuat rakaman sekitar Brisbane dan Gold Coast. Suhunya sangat sejuk sehingga mencecah 10 darjah Celsius tetapi saya tidak dapat memakai baju sejuk untuk memanaskan badan. Rakaman yang tidak boleh dilupakan adalah di tepi pantai. Saya hampir terjatuh semasa berjalan pada cerun yang curam menghadap laut. Mujurlah saya dapat berdiri semula menggunakan kemahiran wushu yang saya pelajari.

Penerbit Andy memuji suara emas dan teknik vokal Jessie semasa rakaman dibuat yang melebihi jangkaan penerbit yang hebat ini. Beliau sangat gembira dapat bekerja dengan penyanyi kelahiran Sarawak ini. Semasa rakaman, Jessie dengan mudah dapat memenuhi semua permintaan Andy. Tona, pic dan emosi Jessie cukup sempurna dan enak didengar. Apa yang membuatkan Andy terkejut adalah walaupun Jessie tidak menggunakan bahasa Inggeris sejak kecil, beliau telah dapat menjiwai seni kata dengan penuh bermakna sehinggakan mendapat pujian semasa sesi rakaman.

Pengurus artis Dr Jessie di Australia, Jonathan Timm berkata, Sebagai pengurus artis, saya merasa bertuah dapat bekerja dengan Jessie dan memperkenalkan beliau ke pasaran Australia. Saya telah mendengar tiga buah lagu daripada album ini dan saya amat sukakannya. Apa yang membezakan lagu-lagu ini adalah semunya merupakan lagu-lagu besar yang boleh dinyanyikan di tempat yang besar seperti di stadium. Lagu-lagu ini ibarat lagu antem yang menarik minat penonton untuk dinyanyikan bersama. Video muziknya pula sungguh hebat. Penampilan video sangat kemas dan menarik, dan Jessie pula kelihatan cantik. Saya pasti para peminat akan teruja menyaksikannya.


Sebagai pengurus, peranan saya adalah untuk mendapat pendedahan dan penerimaan yang meluas dalam pasaran bahasa Inggeris termasuklah Australia dan pasaran global melalui pelbagai bentuk pengedaran, terutamanya pemasaran digital. Perubahan imej turut menjadi sebahagian daripada rancangan. Melalui EP bahasa Inggeris ini, kami telah mencipta imej baharu untuk beliau dengan menampilkan sisi Jessie yang bertenaga dan ceria,Timm menambah. Kami sungguh teruja memperkenalkan imej beliau yang baharu!

Encik Darren Choy, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura berkata, Warner Music merupakan salah sebuah penerbit muzik terkemuka dunia dan kami mewakili para artis yang paling terkenal di Malaysia.  Kami bangga menjadi rakan pengedaran Dr Jessie Chung untuk album bahasa Cina terakhir beliau, Tearless Sky, dan kini sekali lagi untuk EP beliau There You Are


Choy menambah, Sukacita saya maklumkan bahawa EP ini akan disediakan untuk platform digital termasuk  iTunes, KK Box, Spotify, Deezer dan  Joox mulai 2 September 2016. Kami harap anda dapat menikmati lagu-lagu yang disajikan.


There You Areboleh dibeli secara digital melalui iTunes & KK Box, dan akan dijual secara fizikal di semua cawangan NHF di seluruh negara. Dapatkan EP baru hari ini atau muat turun dari iTunes.



No comments:

Post a Comment